Wednesday, 2 November 2011

PENANAMAN POKOK GAJUS


BUAH GAJUS MENJADI " SATU PRODUK KAMPUNG"


Pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai dinegara kita Brunei,khusus-nya dikampong Telisai.Tetapi sayang pokok gajus semakin pupus dikawasan ini.Bagi menyahut seruan kerjaan dan memperkenalkan "SATU KAMPUNG SATU PRODUK"sebagai hasrat saranan ketua kampung Telisai dalam kandungan ucapan dimajlis perlantikan beliau supaya "Penanaman pokok Gajus dikekalkan dikampung ini" sekurang-kurang-nya setiap rumah menanam sepuhon pokok gajus agar tidak pupus dan akan dijadikan produk kedua kampung ini selain daripada "Buah Semangka" (SEKOI)"......
Untok meneroka perladangan pokok ini sila hubungi Setiausaha MPKT Telisai kealamat Kuda.emas@hotmail.com atau kepada Ketua Kampung sendiri, khusus bagi pendudok Kampung Telisai Tutong sahaja..

PENGENALAN POKOK GAJUS

Pokok gajus dipercayai berasal dari Brazil telah diperkenalkan di India pada abad ke 16 dan seterusnya meluas ke negara subtropika dan tropika termasuk di negara ini.  Pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai timur Semenanjung terutama di negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Gajus tergolong di dalam keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya adalahAnacardium occidentale.

Pokok gajus biasanya mula berbuah setelah berumur tiga tahun.  Ia mula berbunga pada bulan Februari hingga April dan berbuah pada bulan Mei hingga Julai.  Pokok gajus dijangka produktif selama 15 hingga 20 tahun.

Buah gajus boleh dimakan segar mahupun dijadikan sebagai sebahagian inti kerabu atau diproses menjadi cuka.  Biji gajus yang digoreng, dipanggang dan dimasinkan sangat popular sebagai makanan ringan.  Biji gajus panggang juga biasa didapati di dalam aiskrim, biskut dan kek malahan di dalam masakan cina dan siam.  Pucuk gajus sangat digemari sebagai ulam di kalangan masyarakat di negara ini yang dipercayai dapat mengurangkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan menyembuhkan ulser dalam mulut.

Pembiakan pokok gajus adalah dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian bijibenih.  Kaedah cantuman matatunas memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar.  Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum.

Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.  Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.

Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.

Tip Penjagaan

Tip penjagaan yang dapat dikongsi untuk ruangan kali ini ialah seperti yang berikut:

Pengairan

§  Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.
§  Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.
§  Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.
§  Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara.  Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.

Pengawalan rumpai

§  Kawalan rumpai dijalankan sebelum kerja pembajaan dilakukan dan semasa musim berbuah supaya mudah mengutip biji gajus yang telah gugur ke tanah.
§  Kawalan rumpai secara manual dengan menggunakan cangkul pada peringkat awal pertumbuhan pokok gajus dapat membantu mengawal rumpai yang tumbuh di sekelilingnya.  Di samping itu, sungkupan dengan menggunakan rumput kering atau hampas kelapa sawit turut dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan memudahkan kerja penyelenggaraan seperti pembajaan.
§  Rumpai juga boleh dikawal dengan menggunakan racun kimia yang mempunyai bahan aktif paraquat atau glyphosate.  Pemilihan racun kimia bergantung kepada jenis rumpai yang tumbuh dan kesesuaian umur pokok gajus.  Kekerapan semburan ialah di antara tiga dan empat kali setahun.

Pembajaan

§  Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.
§  Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.
§  Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.
§  Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

Pemangkasan

§  Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.
§  Dahan yang rendah hendaklah dipangkas.  Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.

Kawalan penyakit dan perosak

§  Ulat pemakan daun, ulat pengorek batang dan anai-anai adalah beberapa perosak dikenalpasti menyerang pokok gajus.  Kawalan yang disyorkan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos ataumalathion.
§  Penyakit antraknos boleh menyebabkan pengurangan hasil dari pokok gajus. Kawalan kulat pembawa penyakit ini dengan mengunakan racun kulat dapat mengurangkan penyakit ini di kawasan tanaman gajus.
§  Bancuhan dan kekerapan penggunaan racun serangga dan kulat hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan pada label supaya dapat pengawalan yang terbaik dan berkesan.
§  Kebersihan persekitaran kawasan kebun hendaklah sentiasa dijaga bagi mengelakkan menjadi perumah kepada ulat dan serangga perosak.

Siapa Tidak Kenal Buah Gajus?

Siapa tidak kenal nama buah seperti di dalam gambar di atas?Sila senyum…hehehe.Buahnya berbiji di luar.Pelik kan?Umum mengenalinya dengan nama ‘buah gajus’. Tetapi jika di kampung halaman saya (Terengganu), buah ini dipanggil dengan nama ‘buah jambu golok’.Kenapa buah jambu golok?Kenapa tidak dipanggil ‘buah butir di luar’ ke?Entahlah kenapa.Tiada jawapan yang spesifik.Tetapi mungkin juga kerana buahnya berbentuk seperti jambu dan bijinya seperti ‘golok’ ataupun parang.Rasanya memang betullah tu asal-usul nama buah ini.
Jika di negeri kelahiran saya,Kelantan, buah ini dipanggil dengan nama ‘ketereh’ atau biasa disebut ‘buoh terey’.Buah ini amat popular di Kelantan sehinggakan ada satu tempat dinamakan sempena nama buah ini iaitu Ketereh. Produk paling popular di Kelantan iaitu ‘budu’ juga ada mengambil nama buah ini sebagai cap dagangan;Budu Cap Ketereh.

Apakah kegunaan buah gajus ini?Isi buah gajus sedap dimasak gulai lemak.Bijinya pula sungguh enak dimakan jika dibakar.Teringat pada zaman kanak-kanak dulu.Selepas makan buahnya,saya suka kumpul biji buah gajus untuk dibakar.Semasa proses membakar di dalam ungun api kecil,biji gajus biasanya akan merekah dah pecah serta menghasilkan bunyi letupan seperti mercun bawang.Biji gajus juga akan memercikkan getahnya.Kesan getah ini jika terkena pada baju memang sukar untuk dihilangkan.Oleh itu kenalah berhati-hati semasa membakar biji buah gajus ini.
Jika dulu di kampung saya iaitu Kampung Raja,Besut Terengganu ada sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses biji buah gajus.Tetapi kini kilang itu rasanya sudah tiada lagi.Biji buah gajus yang sudah diproses biasanya digunakan untuk diletakkan di dalam kuih atau biskut selain daripada untuk dimakan begitu sahaja.
Itulah serba sedikit cerita tentang buah gajus atau jambu golok atau buoh terey yang dapat saya kongsikan di sini.Jika anda ada apa-apa info atau cerita atau peristiwa yang hendak diceritakan,silalah ringankan tangan untuk menaip di ruangan komen.
SAYUR LEMAK BUAH GAJUS
ASSALAMUALAIKUM..

Kalau org TELISAI mesti biasa dengar masakan ni sbb ni memang masakan lama org TELISAI. Kalau org2 muda tu mungkin tak kenal dgn masakan ni tambah lagi kalau yg dah berhijrah keluar dari Kampong. Masakan ini dikira masakan bermusim sebab buah gajus atau buah ketereh (panggilan org negeri Kelantan) berbuah ikut musim dan tidak sepanjang tahun. Biasanya musim org candat sotong atau bebubuk, buah ni masak la dia. Dan cara masak pun digabungkan dua bahan tersebut iaitu buah gajus dengan bubuk dan sotong. Ada juga yg masukkan isi ikan kedalam masakan ini tapi kali ini Kak Nor sekadar masukkan sotong aje.


Masak Lemak gajus ini adalah masakan kegemaran Kak Nor. Kebetulan masa jalan-jalan kerumah adik semalam ternampak ada buah gajus yang sedang masak, Kak Nor ambil-lah sikit. Tak banyak sekadar 8 biji saja, cukup lah utk sekali masak. Hanya Kak Nor dan suami aje yg makan isinya, anak2 tak makan pun, sekadar hirup kuah saja. Sebab tu tak masak banyak2.


Sekutu yg paling ngam dgn buah gajus ne adalah sambal belacan. Memang wajib tumbuk sambal belacan kalau bikin pedas2 mmm...colek sikit mau lagi!!!. Tapi KakNor tak makan la, suami saja yg makan sambal belacan tu. Kak Nor dah kalah dgn belacan. Tapi kalau teringin sangat cecah ceket, pastu mula la sportlight menyuluh bersinar2 ...

SAYUR LEMAK BUAH GAJUS
resipi : Kak Nor..


Bahan:
8 - 10bj buah gajus
2 ekor sotong ~ saiz sederhana
1 cawan santan fresh
1 cawan air
1 labu bawang besar ~ dipotong 8
2 -3 biji cili merah ~ dipotong serong/panjang
garam

Cara:
Buang kulit merah pada sotong (untuk mengelakkan kuah menjadi merah) dan hiris nipis. Toskan.
Buang biji pada buah gajus, kemudian dibelah 2 dan hiris nipis.
Perahkan hirisan gajus dan buang airnya.
Masukkan santan, air dan bawang besar kedalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih.
Masukkan hirisan gajus, sotong, cili merah dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih.
Masakan ni hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak naik kepala.
Hidangkan panas2 bersama sambal belacan, ikan masin goreng/ikan panggang.

*buah gajus hendaklah diperah buang airnya supaya isinya nanti tidak kelat.
** boleh juga dimasukkan isi ikan yg ditumbuk kedalam masakan ni jika suka.
*** jangan letak banyak air kerana nanti sotong akan keluarkan airnya bila dimasak.



Nota:-
Gambar2 dan secebis artikal didalam blog ini adalah  hiasan dan pinjaman saja semata-mata bagi tujuan yang sama... Kami atas kerjasama memberi penghargaan dan berterima kaseh kepada yg berusaha merakamkan-nya..wassalam